Untuk makluman tuan/puan, Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia sedang menjalankan pengauditan terhadap Pengurusan Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan di KPM.

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan tahap kesedaran ibu bapa/penjaga tentang kewujudan Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan.

Sehubungan dengan itu, Unit Audit Dalam memohon kerjasama tuan/puan sebagai ibu bapa/penjaga untuk menjawab soal selidik ini.

Maklumat yang dikumpul daripada kajian ini adalah SULIT dan hanya digunakan bagi tujuan pengauditan ini sahaja.

https://forms.gle/cdLYEFKDhV2pyWxu6

(Soal selidik ini akan tamat pada 30 Jun 2021)

Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *