Semakan tawaran Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2021 akan dibuka pada *5 hingga 15 Julai 2021.* Bagi murid yang *ada capaian internet*, sila layari pautan berikut: https://sst6.moe.gov.my/ Bagi murid yang *tiada capaian internet*, sekolah asal perlu memaklumkan tawaran kemasukan kepada murid.

*PROSES KERJA RAYUAN CALON LEPASAN SPM 2020 MELALUI SEKOLAH ASAL PEMOHON* _(murid tiada capaian internet/peranti sahaja)_

T6BKK : Borang Rayuan Tingkatan Enam Berdasarkan Pencapaian Kokurikulum T6BCP : Borang Kemasukan Bagi Calon Persendirin, Sekolah Swasta dan Sekolah Agama Negeri T6BRU : Borang Rayuan Umum (Tiada penempatan, tolak tawaran IPT) _*Rujuk lampiran yang disediakan dalam Garis Panduan Kemasukan Murid ke Tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2021_

Sekolah Asal mengumpul borang permohonan dan menghantar ke PPD pada ketetapan berikut : Sesi 1 : 8 Julai 2021 Sesi 2 : 15 Julai 2021 Tarikh tutup permohonan pada *15 Julai 2021*. Keputusan akan dihantar kepada sekolah asal pada 20 Julai 2021.

Catatan :

• Sekolah Pusat/Sekolah Asal boleh membantu mengisi permohonan rayuan secara dalam talian. • JPN/PPD boleh memproses rayuan secara dalam talian. • Sekolah Asal boleh menyemak keputusan secara dalam talian pada 20 Julai 2021. • Sekolah Pusat boleh menyemak senarai nama murid secara dalam talian dan memuat turun senarai tersebut mulai 5 hingga 20 Julai 2021.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *